SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Khamis, 17 April 2014

KEM JATI DIRI SMK TUN ABDUL RAZAK

Sesi bergambar bersama guru dan pelajar SMK Tun Abdul Razak
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD sekali lagi berjaya menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Tun Abdul Razak  mulai 16 Apr hingga 17 Apr 2014 yang lalu. Program jati diri yang dianjurkan selama dua hari itu telah dihadiri oleh 5 orang guru dan 50 orang pelajar. Pelaksanaan program ini turut dibantu oleh guru-guru sekolah bagi memastikan objektif program kem jati diri ini tercapai sepenuhnya.

Pelbagai aktiviti telah diselitkan dalam aturcara program seperti mendirikan khemah, ice breaking session, muhasabah diri dan motivasi, latihan jasmani, aktiviti wira halangan, wira malam, wira yakin diri dan combat road relay. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat jati diri di kalangan peserta, membentuk semangat kerjasama berkumpulan dan membentuk sifat keberanian serta keyakinan para peserta. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Roger ak Peter.


Pelajar mendengar taklimat aktiviti berjalan malam
PK HEM menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik
Para pelajar gigih mengikuti aktiviti log relay 
Kapt Sabastine menerima cendera kenangan daripada PK HEM SMK Tun Abdul Razak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan