SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Selasa, 1 April 2014

KEJOHANAN RAGBI MSSD SAMARAHAN


Peg Mem menerima cendera kenangan daripada PPD Kota Samarahan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan telah menganjurkan Kejohanan Ragbi MSSD Samarahan yang dikelolakan oleh SMK Muara Tuang dengan kerjasama 10 RRD bertempat di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Kem Muara Tuang pada 1 Apr hingga 3  Apr 2014 yang lalu. Seramai 50 guru dan 365 peserta telah terlibat dalam kejohanan ini yang disertai oleh enam buah sekolah iaitu SMK Muara Tuang, SMK Sadong Jaya, SMK Asajaya, SMK Wira Penrissen, SMK Hajjah Laila Taib dan SMK Tebedu. Kejohanan ini telah dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun, Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun dan Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun.


Buat julung kalinya kejohanan seperti ini diadakan di Kem Muara Tuang dan ini merupakan satu titik permulaan dalam memupuk hubungan akrab serta kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan dengan pihak tentera di kawasan Kuching dan Samarahan. Dalam ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Tuan Hj Mohd Sharkawi bin Hj Ali Akbar, beliau merasa sangat gembira atas kerjasama yang diberikan oleh 10 RRD dalam menjayakan Kejohanan Ragbi MSSD Samarahan kali ini terutama dalam penyediaan keperluan asas kejohanan serta kemudahan fasilitas yang baik sepanjang kejohanan berlangsung.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Tuan Hj Mohd Sharkawi bin Hj Ali Akbar sambil diiringi oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Johan bagi Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun menjadi milik SMK Tebedu, Johan bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun disandang oleh SMK Asajaya dan Johan bagi Kategori Bawah 15 Tahun disandang oleh SMK Tebedu.
PPD Kota Samarahan menyampaikan ucapan penutup
Johan Kategori Bawah 18 tahun, SMK Asajaya
Perlawanan Akhir Ragbi bawah 18 tahun diantara SMK Asajaya dan SMK Tebedu
Pemain Ragbi Perempuan SMK Tebedu menerima Piala selaku Johan daripada PPD
PPD menyampaikan hadiah kepada para pemain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan