SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 17 Mac 2014

KEM JATI DIRI SMK BANDAR SAMARIANG

Peserta program bergambar semasa sesi penutup Kem Jati Diri

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Bandar Samariang yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 17 Mac hingga 18 Mac 2014 yang lalu. Program jati diri yang dianjurkan selama dua hari itu telah dihadiri oleh 46 orang pelajar dan 6 orang guru. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku pegawai penyelaras penganjur serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.


Pelbagai aktiviti telah diselitkan dalam aturcara program seperti mendirikan khemah, ice breaking session, ceramah motivasi dan jati diri, combat road relay, camp fire, latihan jasmani, muhasabah diri dan aktiviti wira malam. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat jati diri di kalangan peserta, membentuk semangat kerjasama berkumpulan dan membentuk sifat keberanian serta keyakinan para peserta. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum Encik Jaafar bin Haji Sini.


Peserta Kem menjalani aktiviti Combat Relay

Peserta diajar teknik memasang khemah

Aktiviti Wira Malam
Lt Hakimi Mat Zaki menerima cendera hati daripada En  Jaafar Hj Sini
Lt Kol Ismail Nasaruddin menyampaikan sijil kepada para peserta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan