SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 30 Jun 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PANGLIMA 3 BRIGED




Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 30 Jun 2014 yang lalu, pasukan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penghargaan Panglima 3 Briged Bersama Warga 10 RRD. Majlis yang dihadiri oleh Panglima 3 Briged, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Nazir bin Mami bersama isteri Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif  dan diserikan lagi dengan kehadiran pegawai dan anggota bersama isteri masing-masing telah menyemarakkan suasana majlis ini.


            Selaku penganjur majlis, Pegawai Memerintah 10 RRD, Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin bin Yeop turut merakamkan rasa bersyukur kerana dapat menjayakan sambutan majis ini dalam suasana yang cukup meriah dan beliau berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan tali siratulrahim di kalangan pemimpin dan anggota seluruh warga 10 RRD tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, majlis ini juga bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Nazir bin Mami semasa memegang tampuk pemerintahan di Markas 3 Briged.dan Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif selaku Pengerusi BAKAT 3 Briged yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada ahli BAKAT 10 RRD dalam setiap aktiviti BAKAT yang dianjurkan samaada di peringkat pasukan, 3 Briged, 1 Divisyen mahupun peringkat Pemerintahan Wilayah Timur.

            Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Nazir bin Mami bersama isteri Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama-sama dengan pegawai dan anggota yang beragama islam. Sebelum majlis bersurai, Pegawai Memerintah dan isteri turut menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada  Panglima 3 Briged, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Nazir bin Mami dan Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif.




 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan