SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 27 Jun 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK WIRA PENRISSEN

Sesi Persembahan dan Pembentangan Platun
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 10 orang guru dan 88 orang pelajar dari SMK Wira Penrissen telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Wira Penrissen di 10 RRD mulai 27 Jun hingga 28 Jun 2014 yang lalu. Aktiviti kem kepimpinan ini lebih kepada aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Guru dan jurulatih dari pasukan 10 RRD telah berkerjasama bagi membimbing dan mengajar pelajar bagi memastikan objektif yang digariskan oleh pihak sekolah tercapai sepenuhnya.



Menurut Guru Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Wira Penrissen, En Voon Boo Kim menyifatkan program seperti ini sangat penting kerana Lembaga Pengawas Sekolah merupakan pelaksana kedua selepas guru terutama dalam menguatkuasakan peraturan yang terdapat di sesebuah sekolah. Oleh itu, setiap bakal pengawas mestilah dibekalkan dengan pelbagai kemahiran untuk memimpin dan mempengaruhi rakan sebaya. Penangguhan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Wira Penrissen telah disempurnakan oleh Guru Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Wira Penrissen, En Voon Boo Kim. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan