SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 23 Jun 2014

LAWATAN RASMI PENGERUSI BAKAT 3 BGD KE 10 RRD



Kem MuaraTuang, Kota Samarahan : Ahli BAKAT 10 RRD telah mengadakan majlis sempena meraikan Lawatan Rasmi Pengerusi BAKAT 3 Briged, Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif ke 10 RRD pada malam 23 Jun 2014 yang lalu. Ketibaan Pengerusi BAKAT 3 Briged, Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif telah disambut oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya bersama semua AJK BAKAT pasukan. Ini merupakan lawatan ulung Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif selaku Pengerusi BAKAT 3 Briged ke 10 RRD semenjak beliau memegang tampuk kepimpinan BAKAT 3 Briged.



            Majlis dimeriahkan dengan persembahan karaoke, tarian kebudayaan dan persembahan ahli BAKAT dari Kompeni A, B, C, Bantuan dan Markas yang masing-masing mengambil bahagian dalam persembahan berkumpulan mahupun individu. Tujuan lawatan Pengerusi BAKAT 3 Bgd adalah untuk beramah mesra dengan semua ahli BAKAT 10 RRD disamping dapat mengeratkan jalinan siratulrahim dikalangan ahli-ahli BAKAT dengan Pengerusi BAKAT 3 Briged. Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya turut menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati kepada Pengerusi BAKAT 3 Briged, Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif sebagai tanda kenang-kenangan dari ahli BAKAT pasukan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan