SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 21 Jun 2014

KEM KEPIMPINAN SK WIRA JAYA, PENRISSEN

Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh guru SK Wira Jaya
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Kepimpinan SK Wira Jaya, Penrissen mulai 21 Jun hingga 22 Jun 2014 yang lalu. Seramai 20 orang guru dan 160 orang murid telah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Aktiviti kem kepimpinan ini lebih kepada aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Tujuan utama kem kepimpinan ini adalah bagi mengasah dan membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar supaya mereka mendapat pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan dedikasi pada masa akan datang. Sepanjang kem kepimpinan ini berlangsung, ibubapa turut hadir bersama bagi memberi sokongan dan galakkan kepada anak-anak masing-masing.



            Upacara penutup kem kepimpinan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Tuan Hj Mohd Sharkawi bin Hj Ali Akbar. Beliau juga telah menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati dan hadiah kepada peserta program dan pegawai penganjur dari 10 RRD. 

Murid dan Ibu Bapa turut terlibat di dalam program ceramah
Acara penyampaian Cendera Hati
Kapt Sabastian menerima cenderahati daripada Guru Besar SK Wira Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan