SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 27 Jun 2014

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN GAWAI 2014 PERINGKAT PASUKAN


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seluruh warga 10 RRD meraikan Majlis Penutup Sambutan Gawai 2014 Peringkat Pasukan dalam suasana yang cukup meriah pada 27 Jun 2014 lalu walaupun dalam suasana cuaca hujan. Ketibaan tetamu jemputan Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Ali Mahmud (ADUN N 15 Muara Tuang) telah disambut oleh Tuai Rumah iaitu Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pegawai Memerintah 10 RRD dengan tarian ngajat dan seterusnya meminum ’ai basoh kaki’.



            Sambutan penutup gawai tahun ini dibuat di dewan makan pasukan dan dihadiri oleh semua anggota pasukan bersama keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti persembahan telah dirancang semasa majlis tersebut seperti persembahan tarian traditional kaum Iban, melanau dan tarian kebudayaan Sabah yang dipersembahkan oleh anggota dan ahli BAKAT pasukan. Kemuncak sambutan adalah upacara ’Ngerabah Ka Ranyai’ (Menebang Pokok Ranyai) dan diakhiri dengan upacara ’Ngiling Tikai’ (Gulung Tikar) simbolik kepada Penutup Hari Gawai Tahun 2014 yang telah disempurnakan oleh Tuai Rumah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan