SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 2 Mac 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PAKU


Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop
bergambar bersama peserta kursus dan guru SMK Paku

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 8 guru dan 69 pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah SMK Paku, Bau telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Sesi 2014 di 10 RRD mulai 28 Feb hingga 2 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, kawad kaki, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.


Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Paku, Dr Chee Kin Siong menyifatkan program seperti ini sangat penting kerana Lembaga Pengawas Sekolah merupakan pelaksana kedua selepas guru terutama dalam menguatkuasakan peraturan yang terdapat di sesebuah sekolah. Oleh itu, setiap pengawas mestilah dibekalkan dengan pelbagai kemahiran untuk memimpin dan mempengaruhi rakan sebaya.

Penangguhan Kursus Kem Kepimpinan Pengawas SMK Paku 2014 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Beliau juga turut menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta program dan diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Paku, Dr Chee Kin Siong. 

Peserta Program bergambar di pintu masuk Survival Village 10 RRD

Kpl Andrew menunjukkan demonstrasi pemasangan jerat
Aktiviti berjalan malam di sekitar kawasan kem
Peserta menunjukkan bakat masing-masing sewaktu Malam Mesra Kem Kepimpinan

Pegawai Memerintah beramah mesra bersama para guru SMK Paku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan