SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 5 Mac 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD


 Pegawai Memerintah memeriksa perbarisan sambil
diiringi oleh Penolong Pegawai Memerintah

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 13 Peg dan 190 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah pada 5 Mac 2014 yang lalu. Perbarisan ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan pemakaian pangkat Sjn ke SSjn iaitu 1105744 Sjn Rechman ak Sukin, penyampaian cenderahati kepada PTT Kanan yang bertukar keluar iaitu 1124317 Sjn Judan ak Dana serta penyampaian cek Insuran Kelompok Koperasi Tentera berjumlah RM 23,700.00 kepada 1169360 Rjr Mohammad Faizul bin Mohd Fauzi.


            Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengingatkan kepada  semua warga 10 RRD supaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan prestasi kerja masing-masing, sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam semua penugasan yang telah diamanahkan serta sentiasa mengekalkan tahap displin diri di tahap yang paling tinggi demi menjaga nama baik pasukan.

Perbarisan terdiri daripada 13 Peg dan 190 anggota lain-lain pangkat

Peg Mem memakaikan pangkat SSjn kepada Sjn Rechmand ak Sukin

Peg Mem menyampaikan cendera kenangan kepada Sjn Judan ak Dana

Anggota memberikan hormat kepada Peg Mem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan