SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 22 Februari 2014

KEM KEPIMPINAN MUDA SK WIRA JAYA, PENRISSEN



Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 22 Feb 2014 yang lalu, 10 RRD telah menganjurkan satu program kepimpinan iaitu Kem Kepimpinan Muda SK Wira Jaya, Penrissen bertempat di Survival Village 10 RRD. Program ini dilaksanakan selama sehari dan diselitkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar bagi meningkatkan keyakinan dan keberanian pelajar dalam memikul tanggungjawab sebagai pengawas dan ketua kelas di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti acara senamrobik, boat cruise, jungle tracking, ceramah kepimpinan dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Matlamat utama kem kepimpinan ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan sekolah selain untuk meningkatkan keyakinan diri serta membentuk sifat keberanian dalam diri mereka. 

Seramai 14 orang guru dan 85 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas dan ketua kelas telah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Tema kem kepimpinan ini adalah ‘Tanggunjawab Dipikul, Karisma Ditonjol’ sesuai dengan peranan dan tugas serta tanggungjawab yang dipikul oleh seorang pengawas dan ketua kelas di sekolah. Upacara penutup kem kepimpinan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan, En Mohd Sharkawi bin Ali Akbar di Survival Village 10 RRD. Beliau juga telah menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati dan hadiah kepada peserta program sambil diiringi Guru Besar SK Wira Jaya, En Md Isa bin Suki. 

Para Guru bergambar di pintu masuk Survival Village 10 RRD
Aktiviti Senamrobik di Padang Kawad pasukan
Aktiviti Merentas Halangan

Murid sekolah melepasi halangan yang dibentuk

Aktiviti Jungle Trekking

Kpl Sping Jimbat memberi penerangan mengenai Jerat Hempap kepada murid sekolah

Murid sekolah mempelajari teknik menghidupkan api

Aktiviti menaiki bot di Tasik Survival Village

Guru Besar SK Wira Penrissen menyampaikan hadiah kepada Murid Terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan