SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 10 Mac 2014

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT 3 BGD TAHUN 2014

Panglima 3 Bgd melepaskan para peserta larian Merentas Desa 3 Bgd

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 10 Mac 2014 yang lalu, 10 RRD telah dilantik sebagai pasukan penganjur Pertandingan Merentas Desa Peringkat 3 Bgd bagi tahun 2014. YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami telah menyempurnakan acara perasmian dan pelepasan peserta di garisan permulaan bertempat di padang kawad pasukan. Penyertaan pertandingan merentas desa ini dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Tertutup, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran. Seramai 445 peserta telah mendaftar sebagai peserta dari semua pasukan di bawah naungan 3 Bgd. Penyertaan pasukan bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Unit Besar yang terdiri dari pasukan 11 RAMD, 13 RAMD dan 10 RRD manakala bagi Unit Kecil terdiri dari MK 3 Bgd/Kem 3 Bgd, Rej 511 AW, 3 SSD, 3 Komp KPTD, 3 Komp KPD, 3 Wksp Bgd dan Gabungan MSSK/SBTD/801 RSAT/609 PGAT.

Tujuan penganjuran pertandingan merentas desa ini adalah bagi mencari dan mencungkil bakat-bakat baru bagi diketengahkan untuk mewakili formasi di peringkat divisyen mahupun TD kelak. Pasukan 11 RAMD telah dinobatkan sebagai Johan Unit Besar manakala Johan Unit Kecil menjadi milik 3 Komp KPTD. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami sambil diiringi oleh Pen Peg Mem 10 RRD, Mejar Anuar bin Ahmad selaku pasukan penganjur pertandingan.


Mej Zamzuri menyampaikan taklimat kepada para peserta

Peserta bersiap sedia di garisan permulaan larian

Larian Merentas Desa 3 Bgd sejauh 13 km menguji ketahanan fizikal dan mental peserta

Peserta wanita turut menyertai larian tersebut di dalam acara Wanita Terbuka dan Veteran

Lt Kol Hashim bin Othman menyampaikan hadiah kepada pemenang

Panglima 3 Bgd menyampaikan hadiah kepada Johan dan Naib Johan kategori berkumpulan Unit Besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan