SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 5 Mac 2014

MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN PENGGAL PERTAMA SIRI 1/2014



Ucapan pembukaan oleh Pengerusi, YBhg Pegawai Memerintah 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  Pada 5 Mac 2014, pasukan telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan Pasukan Penggal Pertama Siri 1/2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Pelbagai cadangan dan usul baru telah dikemukakan oleh setiap kompeni untuk dirujuk dan dibawa ke dalam mesyuarat ini terutama yang melibatkan kebajikan anggota. Semua usul dan cadangan tersebut telah mendapat perhatian Pegawai Memerintah dan beliau telah memutuskan beberapa cadangan yang dibincangkan dalam usul-usul baru dari warga pasukan demi untuk kebaikkan dan kepentingan warga pasukan.


Dalam mesyuarat tesebut juga, Pegawai Tabung Kebajikan Rejimen (TKR), Mej Zamzuri bin Azmi turut membentangkan kedudukan kewangan TKR untuk dikongsikan bersama seluruh warga pasukan. Dalam ucapan ringkas Pegawai Memerintah, beliau berharap supaya semua permasalahan dan usul-usul baru yang dicadangkan dalam mesyuarat ini dapat diambil tindakan segera supaya tiada perkara berbangkit yang terbengkalai pada mesyuarat kebajikan yang akan datang.

Anggota pasukan  tekun mendengar ucapan daripada Peg Mem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan