SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

PROGRAM HARI BERSAMA MEDIA DI SURVIVAL VILLAGE 10 RRD


Kem Muara Tuang, Sarawak : 10 RRD telah melaksanakan Program Sehari Bersama Media anjuran MK 1 Divisyen pada 25 Jan 2014 di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD. Seramai 14 orang peserta media telah hadir dalam program ini iaitu dari RTM, Al-Hijrah, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, Utusan Sarawak dan Sarawak Tribune. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar dan Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami serta semua Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah di kawasan Kuching. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk jalinan kerjasama dengan pengamal media serta bagi memberi pendedahan kepada peserta media merasai sendiri pengalaman berada di dalam hutan dan menimba ilmu berkenaan ikhtiar hidup melalui demonstrasi yang ditunjukkan oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Dalam program selama sehari ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan   seperti pertunjukkan ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD, demonstrasi pengkalan hutan, memasak di medan dan mendayung perahu tempur. Sepanjang pelaksanaan program ini, peserta media telah didedahkan dengan pertunjukkan jenis-jenis jerat dan perangkap haiwan, jenis-jenis pondok di hutan, cara-cara memasak RTBK di medan, menghidupkan api serta pameran pelbagai jenis herba-herba hutan yang boleh dimakan dan dibuat ubat-ubatan. Peserta media diberi peluang untuk mencuba sendiri semua aktiviti-aktiviti tersebut dan mereka merasa sungguh gembira serta berbesar hati kerana mendapat layanan yang istimewa sepanjang mereka berada di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Panglima 1 Divisyen bergambar bersama para media

Kapt Nizam Nor Amri menyampaikan taklimat kepada para media

Kol Mahmud Ahmad bergambar bersama media

Anggota 10 RRD menunjukkan demonstrasi menghidupkan api

Lt Firdaus Zulkifli menunjukkan demonstrasi meminum air dari akar kayu

Panglima 3 Bgd menerangkan sesuatu kepada media

Para media diberi peluang mendayung bot tempur


 
Lt Kol Ismail Nasaruddin menerangkan sesuatu mengenai rangsum tempur kepada media



Lt Hakimi Mat Zaki menerangkan jenis-jenis perangkap kepada media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan