SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Khamis, 13 Februari 2014

PROGRAM TITIAN KECEMERLANGAN TAHUN 2014 SMK TABUAN JAYA


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menjayakan Program Titian Kecemerlangan  Tahun 2014 anjuran bersama SMK Tabuan Jaya mulai 13 - 15 Februari 2014 yang lepas. Seramai 342 pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai program ini dengan dibantu oleh 35 orang guru sekolah. Pelaksanaan program ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama menjalani latihan di SMK Tabuan Jaya dan kumpulan kedua menjalani latihan di 10 RRD. Antara aktiviti yang dilaksanakan di SMK Tabuan Jaya seperti aktiviti kerohanian, muhasabah diri, ceramah kerjaya tentera, ceramah psikologi sukan, demonstrasi mendirikan khemah dan ikatan, latihan kecergasan dan ketahanan, latihan kawad kaki dan aktiviti team building. Bagi aktiviti yang dilaksanakan di 10 RRD pula dikelolakan oleh jurulatih pegawai dan anggota dari 10 RRD seperti mendirikan khemah, kelas malam dan latihan berjalan malam, latihan ketahanan mental dan demonstrasi ikhtiar hidup di Survival Village 10 RRD. 

Dalam upacara penutup program iaitu Malam Ramah Mesra pada 15 Feb 2014 bertempat di Dewan Sri Tabuan, SMK Tabuan Jaya menyaksikan persembahan pentas oleh peserta program, sesi karaoke serta penyampaian cenderamata dan hadiah.  Penyampaian hadiah kepada peserta program telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan diiringi oleh Pengetua SMK Tabuan Jaya, En Hassan bin Hj Wa’Gani. Dalam ucapan balas Pegawai Memerintah 10 RRD, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan kepercayaan kepada 10 RRD untuk menganjurkan program ini dan beliau memaklumkan bahawa penganjuran program kali ini adalah yang terbaik pernah dilaksanakan oleh pasukan bersama pihak sekolah di kawasan Kuching ini. Beliau juga berharap agar semangat kerjasama yang telah wujud diantara kedua-dua pihak dapat diteruskan sampai bila-bila dan beliau percaya dengan adanya kerjasama yang kukuh ini akan dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Latihan Fizikal dan Kecergasan di Padang Kawad pasukan
Peserta sedang mempelajari teknik memasang khemah 

Latihan Jalan Lasak
Latihan Pendengaran Malam oleh Sjn Aris Abdullah
Peserta diberikan latihan kawad oleh jurulatih pasukan

Latihan Merentas Halangan di padang SMK Tabuan Jaya
Majlis Malam Mesra SMK Tabuan Jaya
Pengetua Sekolah SMK Tabuan Jaya menyampaikan cenderahati kepada Peg Mem
Peg Mem menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan