SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Khamis, 16 Januari 2014

PENUTUP KARNIVAL SUKAN 10 RRD TAHUN 2013


Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 15 Jan 2014 yang lalu, 10 RRD telah mengadakan Penutup Karnival Sukan Antara Kompeni Tahun 2013 menyaksikan perlawanan akhir bola sepak diantara Kompeni A menentang Kompeni B dengan keputusan Kompeni A menang dengan jaringan 4 – 0. Karnival sukan antara kompeni ini telah berlangsung mulai 6 Nov 2013 hingga 15 Jan 2014 melibatkan sebanyak 9 acara telah dipertandingkan iaitu sepak takraw, merentas desa, road relay, hoki, bola tampar, bola keranjang, ragbi, jalan lasak dan bola sepak.


            Tujuan karnival sukan ini diadakan adalah untuk mencari dan memilih bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili pasukan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan serta latihan kepada semua pegawai dan anggota untuk belajar bagaimana untuk menganjurkan sesuatu karnival sukan supaya mampu untuk menganjurkan sukan di peringkat yang lebih tinggi.

Kompeni Alpha selaku Johan Keseluruhan bergambar bersama Piala Pusingan Bujang Berani dan piala-piala yang dimenangi


Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada kompeni yang menang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Kompeni A telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sukan Karnival Tahun 2013 dan menerima Piala Pusingan Bujang Berani iaitu piala berbentuk replika buaya yang dibuat daripada tembaga tulen sumbangan oleh Pegawai Memerintah sendiri. Keputusan kedudukan kompeni-kompeni dalam karnival sukan ini iaitu johan disandang oleh Kompeni A, naib johan disandang oleh Kompeni Bantuan, tempat ketiga disandang oleh Kompeni C, tempat keempat disandang oleh Kompeni B dan tempat kelima disandang oleh Kompeni Markas. Dikesempatan itu juga, Pegawai Memerintah telah menyampaikan cenderahati kepada para jemputan dari SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri) dan para atlet olahraga 1 Div.
Peg Mem bergambar bersama para pemain sebelum perlawanan bermula


Pertandingan Hoki di SMK Paku, Bau


Pertandingan Bola Keranjang di Gelanggang Stadium Kem Muara Tuang

Peg Mem menyampaikan cenderahati kepada Jemputan dari SMK Tabuan Jaya


Mej Zamzuri Azmi selaku Ketua Kompeni Alpha menerima Piala Pusingan Bujang Berani daripada Peg Mem 10 RRD






Tiada ulasan:

Catat Ulasan