SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 19 Januari 2014

PENUTUP KURSUS KADER SIRI 2/2013 AJURAN 10 RRD


Sesi bergambar bersama Peg Mem 10 RRD


Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai 21 penuntut telah berjaya menamatkan Kursus KADER (Dec) Siri 2/2013 anjuran 10 RRD bertempat di Kawasan Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD mulai 9 Dis 2013 hingga 18 Jan 2014. Upacara penutup dan penyampaian sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop pada 18 Jan 2014.
            Tujuan penganjuran kursus ini adalah bagi menyediakan dan melatih bakal PTT Rendah tentang ilmu ketenteraan yang sejajar dengan keperluan perkhidmatan untuk mereka implementasikan di pasukan kelak. Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh 1169229 Rjr Mohammed Hafeezal bin Ramli manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 1154715 Rjr Amran bin Jamaludin.

Penuntut menerima sijil daripada Peg Mem 10 RRD


Penuntut Terbaik, 1154715 Rjr Amran bin Jamaludin menerima cendera hati 
daripada Peg Mem 10 RRD

3 ulasan:

  1. Ape maksud Kader Mahon penjelasan

    BalasPadam
  2. Definisi : 1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

    BalasPadam
  3. Maksud kader apa ye..mohon jelaskan

    BalasPadam