SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 19 Januari 2014

PERBARISAN HUT KE 19 DAN SERAH TERIMA TUGAS SMR 10 RRD


Peg Mem bergambar bersama anggota 10 RRD

Kem Muara Tuang, Sarawak : Perbarisan Hari Ulang Tahun Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja Yang Ke - 19 dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Kawad Pasukan pada 18 Jan 2014. Seramai 18 pegawai dan 203 anggota lain-lain peringkat telah terlibat dalam perbarisan yang bersejarah ini.
Dalam majlis ini, Pegawai Memerintah telah menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada 19 anggota pasukan yang layak, penyampaian Sijil Penghargaan kepada 38 anggota dan 19 ahli BAKAT pasukan, penyampaian cenderahati kepada 13 anggota yang akan bersara dan penyampaian Sijil Tamat Kursus KADER Siri 2/2013 kepada 21 penuntut

Peg Mem 10 RRD memeriksa perbarisan


Upacara perbarisan seterusnya menyaksikan acara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa SMR diantara 1083237 PW I Michal ak Tuleh dan 1105641 PW I Dauglas ak Duin sambil disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Mantan SMR 10 RRD, 1083237 PW I Michal ak Tuleh akan menamatkan perkhidmatan di dalam ATM dan sedang menjalani latihan peralihan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Tabuan Jaya.


            Diakhir majlis selepas menikmati jamuan ringan, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop sekali lagi menyempurnakan acara penyampaian cenderahati kepada 1083237 PW I Michal ak Tuleh sebagai tanda penghargaan pasukan terhadap jasa, bakti dan pengorbanan beliau semasa berkhidmat di pasukan ini sebelum beliau bersara. Kesempatan itu juga, 1083237 PW I Michal ak Tuleh turut membalas cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada  Pegawai Memerintah sambil disaksikan oleh seluruh warga pasukan. Beliau seterusnya diarak sehingga ke Balai Pengawal 10 RRD sebelum keluar meninggalkan 10 RRD bersama seribu kenangan manis yang tidak mugkin dapat dilupakan oleh beliau dan isteri.
 Peg Mem 10 RRD memakaikan pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat

Peg Mem 10 RRD mmenyampaikan sijil kecemerlangan kepada ahli BAKAT

Majlis Serah Menyerah RSM

PW I Michal ak Tuleh memeriksa perbarisan



PW I Michal menyerahkan tongkat kuasa kepada PW I Douglas


 Peg Mem 10 RRD menyampaikan cendera kenangan kepada PW I Michal




Tiada ulasan:

Catat Ulasan