SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 6 Januari 2014

MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PERSARAAN SMR 10 RRD



Kuching, Sarawak : Seramai 40 orang ahli Cafe Bujang Berani 10 RRD telah mengadakan majlis sempena meraikan persaraan SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh di Kuching Park pada 5 Jan 2014. Majlis diadakan bagi menghargai segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di 10 RRD. Upacara penyampaian cenderahati kepada mantan SMR 10 RRD telah di sempurnakan oleh PW I Douglas ak Dain yang mewakili semua PTT Kanan 10 RRD.

            Dalam ucapan mantan SMR 10 RRD, beliau mengingatkan agar semua PTT Kanan memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi kepada SMR yang baru bagi menerajui pucuk pimpinan sebagai SMR 10 RRD. Semangat berkerjasama dalam satu kumpulan perlu dipraktikkan bagi menggeratkan ikatan silaturrahim dikalangan PTT Kanan kerana PTT Kanan adalah berperanan sebagai tulang belakang pasukan di dalam organisasi ketenteraan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan