SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Khamis, 18 September 2014

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH INFANTRI

Timbalan Pengarah Infantri bergambar bersama Pegawai 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 18 Sep 2014 yang lalu, 10 RRD telah menerima kunjungan dari Timbalan Pengarah Infantri, Kol Md Din bin Hj Abu ke pasukan ini. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan kemudian beliau diperkenalkan kepada semua pegawai dan PTT Kanan pasukan. Tujuan lawatan beliau ke pasukan ini adalah bagi meninjau keadaan dan perkembangan pasukan serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pasukan ini sepanjang penubuhan semula batalion ini.
Taklimat lawatan telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop di Bilik Gerakan Pasukan bagi menyampaikan secara terperici berkenaan keadaan pasukan serta cabaran-cabaran semasa pasukan. Timbalan Pengarah Infantri, Kol Md Din bin Hj Abu juga berkesempatan untuk berjumpa dengan semua pegawai dan anggota pasukan dalam sesi berdialog bersama beliau yang dilaksanakan di Dewan Makan Pasukan. Dalam sesi dialog ini, beliau mengingatkan kepada semua peringkat anggota supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan dan sentiasa memberikan kerjasama yang jitu kepada Pegawai Memerintah dalam membantu beliau untuk menaikkan nama pasukan. Di akhir acara Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Timbalan Pengarah Infantri, Kol Md Din bin Hj Abu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan