SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 24 September 2014

LAWATAN ULUNG PANGLIMA 3 BRIGED

Panglima 3 Briged bergambar bersama pegawai dan anggota 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  10 RRD telah menerima Lawatan Ulung Panglima 3 Bgd, Brig Jen Md Yusof bin Aziz pada 24 Sep 2014 yang lalu.  Ketibaan YBhg Panglima 3 Bgd telah di sambut oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan beliau mengiringi YBhg Panglima 3 Bgd untuk diperkenalkan kepada pegawai dan PTT Kanan berpangkat Pegawai Waren. Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke pasukan 10 RRD sejak beliau memegang tampuk pemerintahan 3 Bgd.

YBhg Panglima 3 Bgd di jemput untuk sesi bergambar bersama pegawai dan anggota warga 10 RRD di Padang Kawad Pasukan sebelum beredar ke Bilik Gerakan Pasukan untuk mendengar  taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD. Setelah selesai taklimat, YBhg Panglima 3 Bgd di bawa melawat sekitar kawasan kem dan seterusnya beredar ke Dewan Makan Pasukan untuk jamuan ringan bersama seluruh warga 10 RRD. Dalam ucapan YBhg Panglima 3 Bgd mengingatkan kepada semua anggota supaya sentiasa berusaha bagi meningkatkan tahap profesional masing-masing bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu ketenteraan sejajar dengan kehendak perkhidmatan. Beliau turut menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai dari Kapten ke Mejar iaitu Mejar Nizam Nor Amri bin Johari sambil diiringi oleh Pegawai Memerintah 10 RRD. Di akhir acara, Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop menyampaikan cenderahati kepada YBhg Panglima 3 Bgd sebagai tanda kenang-kenangan dari seluruh warga pasukan 10 RRD.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan