SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 14 Februari 2014

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH



Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Tanggal 14 Feb 2014 bertempat di Padang Kawad 10 RRD menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD di antara Mej Zamri bin Majid dan Mej Anuar bin Ahmad. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Norazizi bin Nazaruddin yang melibatkan 13 Peg dan 210 LLP. Majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop.

Pegawai Memerintah turut menyampaikan cenderahati kepada Mej Zamri bin Majid sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada seluruh warga pasukan atas khidmat dan bakti yang telah beliau curahkan semasa berkhidmat di 10 RRD. Mantan Penolong Pegawai Memerintah, Mej Zamri bin Majid telah bertukar keluar ke Markas 1 Divisyen menjawat jawatan Kem Komandan berkuatkuasa pada 24 Jan 2014.

Peg Mem menyampaikan cendera kenangan kepada Mej Zamri Majid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan