SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Selasa, 18 Februari 2014

PENYERAHAN BENDERA TIM AKUATIK 1 DIVISYEN



Kem Muara Tuang, Sarawak :  Pada 18 Feb 2014 bertempat di Kompleks Sukan Kem Muara Tuang, YBhg Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera 1 Divisyen kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pengurus Tim Akuatik 1 Divisyen. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Kanan MK 1 Divisyen, Ketua Staf MK 3 Bgd serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah sekitar Kuching.

Pasukan 10 RRD telah dilantik sebagai Pusat Cemerlang Akuatik 1 Divisyen dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk melatih dan memilih peserta yang berkebolehan dalam bidang sukan akuatik ini. Kontingen 1 Divisyen yang terdiri daripada 3 pegawai dan 32 anggota lain-lain pangkat termasuk kumpulan sokongan akan menyertai Kejohanan Akuatik Tentera Darat Tahun 2014 yang dijadualkan berlangsung mulai 24 - 27 Feb 2014 di Kolam Renang Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Panglima 1 Divisyen menyampaikan ucapan serta kata-kata semangat kepada Tim Akuatik 1 Div
Panglima 1 Div bergambar bersama Tim Akuatik 1 Div


Tiada ulasan:

Catat Ulasan