SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Khamis, 11 Disember 2014

PERTANDINGAN BOWLING DAN MAJLIS PENGHARGAAN AHLI BAKAT BERTUKAR KELUAR/BERSARA



Pengerusi BAKAT 10 RRD bergambar bersama-sama ahli BAKAT sebagai kenang-kenangan selepas bermain bowling


Kota Samarahan, Sarawak: Bertempat di Pusat Bowling Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 11 Dis 2014 yang lalu, ahli BAKAT 10 RRD telah berjaya mengadakan dua aktiviti serentak iaitu pertandingan bowling BAKAT peringkat pasukan dan meraikan ahli BAKAT yang akan bertukar keluar/bersara. Pertandingan bowling dianjurkan bertujuan bagi memilih peserta yang akan mewakili pasukan dalam pertandingan bowling BAKAT peringkat 3 Briged yang dilaksanakan pada 12 Dis 2014.

Dalam majlis ini, seramai 10 ahli BAKAT telah diraikan iaitu Sjn Zuraidah binti Selamat, Pn Deliana Hasibun, Pn Juhinin @ Sabpina binti Inging, Pn Jarawat ak Mambang, Pn Wisma ak Simin, Pn Missi ak Gani, Pn Christina ak Rubin, Pn Penny ak Rengi, Pn Nurlela binti Yusof dan Pn Rani ak Anjan. Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya berasa amat bangga dan gembira dengan kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan oleh semua ahli BAKAT pasukan khasnya bagi ahli BAKAT yang akan bersara kerana telah memberikan komitmen yang jitu kepada aktiviti BAKAT pasukan selama ini. Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya turut menyampaikan cenderahati kepada semua ahli BAKAT  yang diraikan sebagai tanda kenang-kenangan.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan