SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 8 Disember 2014

‘BUJANG BERANI’ UNGGUL DALAM KARNIVAL SUKAN 3 BGD TAHUN 2014


Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama pemain dan warga 10 RRD sambil menjulang Piala Pusingan Johan Keseluruhan Karnival Sukan Peringkat 3 Briged Tahun 2014

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Kebangkitan semangat juang Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Sarawak memang tidak boleh dinafikan lagi terutamanya dalam bidang sukan di bawah naungan formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia di Kuching, Sarawak. Sesuai dengan terikan perangnya ‘Bujang Berani’ sudah cukup mengerunkan lawan apatah lagi telah menunjukkan pencapaian dan kecemerlangan yang sungguh membanggakan di kepulauan Borneo ini sejak tahun 2013 lagi. Berbekalkan semangat inilah telah membantu Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja mempertahankan gelaran kejuaraan buat kali kedua berturut - turut sejak tahun 2013 lagi dalam Karnival Sukan Peringkat 3 Briged.


Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian dalam Karnival Sukan 3 Briged Tahun 2014 yang diadakan mulai 8 Disember hingga 12 Disember 2014 yang lepas, iaitu 11 RAMD, 13 RAMD, 10 RRD, Kem 3 Briged/3 KPD, Gabungan Rej 511 AW/MSSK/3 Kompeni KPTD dan 3 SSD/3 Wksp Briged. Antara sukan yang dipertandingkan semasa karnival sukan tersebut adalah bola sepak, ragbi dan hoki manakala bagi kategori BAKAT pula sukan yang dipertandingkan adalah bowling.

Dalam upacara penutup Karnival Sukan 3 Briged Tahun 2014 yang dilaksanakan di Komplek Sukan Padawan pada 12 Disember 2014 yang lepas menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara 10 RRD menentang 13 RAMD dengan keputusan 10 RRD menang 1 berbalas 0. Dalam perlawanan akhir bola sepak ini, penonton tidak senang duduk apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan masing-masing mahu mencari gol kemenangan. Walaupun demikian, semua pemain Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja telah menggunakan sepenuh pengalaman yang ada bagi membuktikan pasukan ini tetap hebat dan bergaya menjulang Piala Pusingan Johan Keseluruhan Karnival Sukan Peringkat 3 Briged untuk kali kedua berturut-turut menewaskan lain-lain pasukan. Jaringan emas Kpl Mohd Faizal bin Shukor semasa tambahan masa setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri dalam masa sebenar permainan telah memberikan kemenangan yang sungguh bermakna kepada pasukan untuk merangkul gelaran juara keseluruhan.

Terdahulu, kejayaan Tim Hoki 10 RRD menjadi johan pertandingan hoki menewaskan pasukan 13 RAMD dan tim ragbi merangkul naib johan pertandingan ragbi menentang 13 RAMD telah membuka laluan kepada tim bola sepak pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja untuk berentap di perlawanan akhir bola sepak bagi merangkul gelaran Johan Keseluruhan Karnival Sukan Peringkat 3 Briged Tahun 2014. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz.

Kejayaan manis merangkul gelaran Johan Keseluruhan Karnival Sukan Peringkat 3 Briged Tahun 2014 bagi dua tahun berturut-turut turut dikongsikan bersama ahli BAKAT pasukan apabila Tim Bowling BAKAT 10 RRD berjaya merangkul Johan Pertandingan Bowling BAKAT 3 Briged yang diadakan pada sebelah malamnya di Megalanes  Adventure World Complex, Kuching dan membawa balik Piala Pusingan Bowling BAKAT 3 Briged. Sebanyak 7 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli BAKAT di bawah naungan Formasi 3 Briged telah menyertai pertandingan Bowling BAKAT 3 Briged ini iaitu 11 RAMD, 13 RAMD, 10 RRD, 3 Briged, 3 Kompeni KPD, Gabungan MSS Kuching/Rej 511 AW dan 3 Wksp Briged/3 SSD. Penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 3 Briged, Puan Misnah binti Harun.



Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz menyampaikan Piala Pusingan Johan Keseluruhan
Karnival Sukan Peringkat 3 Briged kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop

Mej Donny menerima Piala Pusingan Bola Sepak Peringkat 3 Briged dari Panglima 3 Briged,
Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz

Leftenan Mohammad Saiful Islam menerima Piala Pusingan Hoki  Peringkat 3 Briged dari
Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz

Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz bergambar bersama pemain bola
sepak pasukan 10 RRD dan 13 RAMD sebelum perlawanan akhir berlangsung

Antara aksi pemain kedua-dua pasukan semasa perlawanan akhir bola sepak

Ketua Staf Markas 3 Briged, Leftenan Kolonel Hashim bin Osman  bergambar bersama
pemain hoki pasukan 10 RRD dan 13 RAMD

Antara aksi perlawanan akhir hoki antara 10 RRD menentang 13 RAMD

Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz bergambar bersama pemain ragbi
pasukan 10 RRD dan 13 RAMD sebelum perlawanan akhir berlangsung
Antara aksi perlawanan akhir ragbi antara 10 RRD menentang 13 RAMD

Pengerusi BAKAT 3 Briged, Puan Misnah binti Harun menyampaikan
Piala Pusingan Bowling BAKAT 3 Briged kepada Pengerusi BAKAT
10 RRD, Puan Norliza binti Yahya

Pengerusi BAKAT 3 Briged, Puan Misnah binti Harun bergambar bersama
Tim Bowling BAKAT 10 RRD

Pegawai Memerintah bergambar bersama Tim Bowling BAKAT 10 RRD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan