SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 14 Disember 2014

MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION PROGRAM (MCTP) DI KAMPUNG SEMPADI, LUNDU


Pelancaran MCTP dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Yang Berbahagia
Datu Hj Misnu bin Hj Taha sambil diiringi oleh Panglima 1 Divisyen, Datuk Stephen Mundaw


Sempadi, Lundu: Pelancaran Mobile Community Transformation (MCTP) di Kampung Sempadi, Lundu anjuran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Negeri Sarawak telah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Datu Hj Misnu bin Hj Taha sambil diiringi oleh Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw pada 14 Dis 2014 yang lalu. Program ini yang dikelolakan oleh 10 RRD selaku pasukan penyelaras bersama Pejabat Daerah Lundu ini telah dilaksanakan di SK Sempadi dan disertai oleh pelbagai agensi awam seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, KEMAS, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Baitulmal Sarawak.

Pelaksanaan MCTP ini adalah bertujuan bagi menunjukkan komitmen dan sokongan ATM kepada program-program kemasyarakatan yang mampu mendatangkan impak positif kepada masyarakat setempat dan juga organisasi ATM sendiri. Pelbagai program telah dirancang dalam MCTP ini seperti persembahan pentas, pameran ketenteraan, pemeriksaan pergigian dan kesihatan, baik pulih rumah penduduk, pertandingan mewarna, pengambilan askar wataniah, ceramah motivasi, sukaneka dan demonstrasi masakan. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang digariskan kerana mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari masyarakat setempat di daerah Lundu ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan