SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Selasa, 11 November 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH


Pegawai Memerintah menyempurnakan pemakaian pangkat SSjn Dosih ak Chuking

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Seramai 13 Peg dan 130 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah yang diadakan pada 11 Nov 2014 yang lalu. Perbarisan ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 11 anggota pasukan yang masing-masing 2 x SSjn dan 9 x Kpl. Mendahului senarai adalah SSjn Dosih ak Chuking, SSjn Novine ak Matino, Kpl Franky Duel, Kpl Herryson ak Ginos, Kpl Jeffery ak Tomson, Kpl Jovinton Hellary, Kpl Sudin ak Mansor, Kpl Steven Seman ak Sang, Kpl Kristoper Kuintin dan Kpl Gabriel ak Angga. Upacara perbarisan dan pemakaian pangkat kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri anggota yang dinaikkan pangkat sebagai bukti sokongan mereka terhadap kerjaya suami masing-masing.

            Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengingatkan kepada  semua warga 10 RRD supaya sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sihat dan sentiasa mengekalkan tahap disiplin diri yang tinggi sebilang masa. Setiap anggota pasukan diminta supaya menjaga imej dan nama baik pasukan walau dimana berada. Selain itu, beliau juga mahu semua anggota sentiasa berusaha meningkatkan prestasi kerja masing-masing sejajar dengan perkembangan dan kehendak perkhidmatan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan