SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 10 November 2014

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT KOR RRD 2014



Kem Ulu Tiram, Ulu Tiram: Kejohanan Sepak Takraw Kor RRD Tahun 2014 pada tahun ini telah diadakan di 1 RRD, Kem Ulu Tiram selaku pasukan penganjur kejohanan yang berlangsung mulai 10 Nov hingga 14 Nov 2014 lalu. 10 RRD yang diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan 2 RRD, 4 RRD, 7 RRD dan 9 RRD telah berjaya menjadi Naib Johan Peringkat Kumpulan B tetapi tewas menentang 1 RRD selaku Johan Kumpulan A dalam perlawanan peringkat separuh akhir. Walaupun tewas di tangan tuan rumah di peringkat separuh akhir, 10 RRD berjaya menebus kekecewaan dengan menundukkan 8 RRD dalam perlawanan penentuan tempat Ke 3.
            Dalam perlawanan akhir menyaksikan pertarungan di antara tuan rumah 1 RRD menentang 4 RRD dengan keputusan 4 RRD berjaya menewaskan juara bertahan 1 RRD. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Infantri, Kol Md Din bin Hj Abu sambil diiringi oleh Pegawai Memerintah 1 RRD, Lt Kol Othman bin Bahadon selaku pasukan penganjur kejohanan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan