SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 1 Oktober 2014

MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN PENGGAL KEDUA SIRI 2/2014


Ucapan pembukaan oleh Pengerusi, YBhg Pegawai Memerintah 
Kem Muara Tuang, Sarawak : Tanggal 1 Okt 2014, pasukan telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan Pasukan Penggal Kedua Siri 2/2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan  semua cadangan dan usul baru yang telah dibangkitkan semasa mesyuarat penggal pertama yang lepas telah diambil tindakan bagi memastikan kebajikan anggota terpelihara.


Dalam mesyuarat kali ini juga, beberapa cadangan dan usul baru telah dikemukan oleh anggota dan semua usul dan cadangan tersebut telah mendapat perhatian Pegawai Memerintah demi untuk kebaikkan dan kepentingan warga pasukan. Dalam mesyuarat ini juga, Pegawai Tabung Kebajikan Rejimen (TKR), Mej Donny ak Ulak turut membentangkan kedudukan kewangan TKR untuk dikongsikan bersama seluruh warga pasukan. Dalam ucapan ringkas Pegawai Memerintah, beliau berharap supaya semua permasalahan dan usul-usul baru yang dicadangkan dalam mesyuarat ini dapat diambil tindakan segera supaya tiada perkara berbangkit yang terbengkalai pada mesyuarat kebajikan yang akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan