SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 31 Oktober 2014

KEJOHANAN PIALA SYED PUTRA

 KEJOHANAN PIALA SYED PUTRA

Tahniah....Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama 
semua pemain bola sepak pasukan
Stadium Maybank, Bangi: Semangat juang Bujang Berani yang disemai dikalangan anggota 10 RRD memang tidak dapat dinafikan lagi termasuklah dalam bidang sukan. Ini telah dibuktikan apabila 10 RRD telah dinobatkan sekali lagi sebagai johan Piala Syed Putra bagi tahun 2014 yang diadakan di Stadium Maybank, Bangi pada  31 Oktober 2014 yang lalu. Kenangan manis kejayaan merangkul kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut mulai tahun 2012, 2013 dan 2014 ini telah melakar sejarah pasukan dan turut dikongsikan bersama seluruh warga 10 RRD. Dalam perlawanan akhir yang menemukan pasukan 10 RRD menentang 1 RRD dengan kemenangan mutlak milik 10 RRD dengan jaringan 4 - 1. Perlawanan sengit yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membuatkan penonton tidak senang duduk apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk menjaringkan gol.

Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan hadir menyaksikan perlawanan akhir bola sepak RRD ini dan baginda turut menyampaikan Piala Syed Putra kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku juara kejohanan pada tahun ini. Pegawai Memerintah  10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop menyatakan rasa bangga terhadap semua pemain yang telah menunjukkan mutu persembahan permainan yang bersungguh-sungguh sehingga berjaya mengekalkan kejuaran untuk kali ketiga berturut-turut pada tahun ini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan