SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 7 Januari 2015

MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 3 BGD BERSAMA PEGAWAI DAN PTT KANAN 10 RRD

Panglima 3 Bgd, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz berucap ketika
 menyampaikan amanat beliau
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :Tanggal 7 Jan 2015 yang lalu, Yang Berbahagia Panglima 3 Bgd, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz berkesempatan meluangkan masa untuk datang ke 10 RRD bagi berjumpa dengan semua pegawai dan PTT Kanan pasukan. Seramai 19 Peg dan 47 PTT Kanan terlibat dalam sesi perjumpaaan ini yang diadakan di Dewan Makan pasukan. Sesi perjumpaan YBhg Panglima 3 Bgd kali ini adalah bagi menyampaikan sendiri hasrat dan amanat beliau kepada semua pegawai dan PTT Kanan agar semua lapisan pemimpin samaada di peringkat pegawai mahupun PTT Kanan dapat merelasasikan semua arahan yang disampaikan dari pihak atasan terutama yang melibatkan aspek keselamatan. YBhg Panglima 3 Bgd berkehendakkan semua pemimpin untuk mengamalkan konsep ‘Back To Basic’ dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin supaya dapat diterapkan kepada semua peringkat anggota di bawah kawalan masing-masing. 


Beliau juga mengingatkan kepada semua pegawai dan PTT Kanan supaya memantau dan mengawal anggota masing-masing supaya tidak terlibat atau menyertai pertubuhan haram seperti IS dan sentiasa berhubung rapat dengan anggota bawahan bagi memastikan mereka tahu tentang bahaya dan kesan akibat menyertai pertubuhan seperti IS yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Beliau menegaskan bahawa pucuk pimpinan atasan ATM amat memandang serius perkara tersebut melalui arahan yang telah dikeluarkan kerana perbuatan tersebut boleh merosakkan akidah individu, meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perkhidmatan anggota.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan