![]() |
Setiausaha
Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Tuan Hj Bujang Helmi bin Hazmi
merasmikan upacara
gotong-royong baik pulih rumah nelayan milik En Kipli bin Jamali |
Telok
Melano, Sematan : Berlandaskan
dengan motto ‘Tentera dan Awam Berpisah Tiada’, itulah yang boleh
digambarkan dengan pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang
berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan kerana telah berjaya
melaksanakan Projek Jiwa Murni gotong-royong baik pulih sebuah rumah nelayan
bersama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam Program Mobile Team
Telok Melano mulai 22 - 24 Ogos 2014 yang lepas.
Pasukan 10 RRD yang
diketuai oleh Kapten Mohamad Hisam bin Juss bersama 10 anggota telah
membaikpulih sebuah rumah nelayan milik En Kipli bin Jamali yang merupakan
antara lima peserta yang telah terpilih dalam Program Khas Perumahan Nelayan
(PKPN) di Kampung Telok Melano secara gotong-royong selama sehari suntuk.
Gotong-royong baik pulih rumah ini telah berjaya disiapkan mengikut jadual yang
ditetapkan dengan bantuan daripada agensi kerajaan lain seperti LKIM, KKWPK dan
ABM.
Program
Mobile Team Telok Melano ini dianjurkan oleh Kementerian Kebajikan Wanita Dan
Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak bersama 17 agensi kerajaan telah
bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini bagi memastikan misi
program dicapai sepenuhnya. Bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia, seramai 3
pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat dari Markas Briged Ketiga Infantri
Malaysia telah terlibat secara langsung dengan Program Mobile Team Telok Melano
ini yang memberi perkhidmatan pemeriksaan pergigian dan baik pulih rumah
nelayan. Pengelibatan tentera dalam Projek Jiwa Murni ini bagi menyahut dan merealisasikan
hasrat pemimpin atasan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia
amnya dalam kontek tentera bersama rakyat bagi membantu masyarakat awam dalam
mensejahterakan rakyat. Simbolik perasmian gotong-royong baik pulih rumah
nelayan ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Ketua
Menteri Sarawak, Tuan Hj Bujang Helmi bin Hazmi.
![]() |
Anggota 10 RRD sedang
melaksanakan gotong-royong baik pulih rumah En Kipli bin Jamali
sambil dibantu oleh staf dari LKIM, KKWPK dan
ABM |
![]() |
Sesi bergambar bersama pemilik rumah yang telah siap dibaik pulih |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan