![]() |
Persembahan demonstrasi menghidupkan api oleh Kpl Sangie ak Mandau |
Kem Muara Tuang, Kota
Samarahan : Seramai
25 peserta dari Rejimen Ke 40 Pengendalian Pelabuhan RAJD (AW) yang diketuai
oleh Lt Kol Abd Rahman bin Mohamed selaku Pen Peg Mem telah mengadakan lawatan
sehari di Survival Village 10 RRD pada
19 Ogos 2014 yang lalu. Lawatan ini merupakan lawatan pertama dari Rejimen Ke
40 Pengendalian Pelabuhan RAJD (AW) ke pasukan ini. Semua peserta menzahirkan
rasa gembira dan berpuas hati dengan aktiviti lawatan ke Perkampungan Ikhtiar
Hidup 10 RRD kali ini kerana mereka telah dipersembahkan dengan pelbagai
demonstrasi dan pameran ketenteraan oleh anggota pasukan 10 RRD. Antara
aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan semasa lawatan ini seperti persembahan demonstrasi memasak dalam buluh,
demonstrasi jerat, pangkalan hutan, pameran peralatan tentera dan demonstrasi ikhtiar
hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan