![]() |
Jurulatih dan guru bergambar bersama
peserta kem kepimpinan
|
Kem Muara Tuang, Kota
Samarahan : Seramai
6 orang guru dan 64 orang pelajar dari Kolej Abdillah Kuching telah
melaksanakan Kem Kepimpinan Kolej Abdillah di 10 RRD mulai 24 Ogos hingga 26
Ogos 2014 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan aktiviti
dalam dan luar kelas bagi mendedahkan pelajar dengan keadaan mencabar
pembelajaran di luar kelas yang sebelum ini tidak mereka pelajari di sekolah.
Bagi aktiviti dalam kelas, pelajar banyak dilatih bekerja secara berkumpulan
atau berpasukan seperti aktiviti team
building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama
fasilatator yang dilantik. Bagi aktiviti diluar kelas, pelajar-pelajar
didedahkan dengan beberapa aktiviti lasak seperti Wira Halangan, Wira Malam,
latihan jasmani dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Guru
dan jurulatih dari pasukan 10 RRD telah berkerjasama bagi membimbing dan
mengajar pelajar bagi memastikan objektif yang digariskan oleh pihak sekolah
tercapai sepenuhnya.
Upacara penutup dan penyampaian hadiah Kem Kepimpinan Kolej Abdillah telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Abdillah, Puan Hajah Mastura binti Hj Anuar. Dalam ucapan penutup beliau menyifatkan program seperti ini sangat penting bagi semua pelajar kerana kepimpinan dalam diri setiap peserta perlu digilap dan diasah bagi membolehkan mereka menonjolkan sifat-sifat kepimpinan yang ada dalam diri masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan