|
Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem
kepimpinan |
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 6 guru dan 83 pelajar dari SMK St
Thomas, Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 8 Ogos hingga
10 Ogos 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah
kepimpinan, jungle tracking, wira
halangan, wira malam, aktiviti team
building, malam akrab dan
demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Program ini
telah dikelolakan oleh Kapt Nizam Nor Amri bin Johari serta dibantu oleh
beberapa pegawai dan anggota pasukan.
Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh En Kamri bin Hip, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK St
Thomas. Dalam ucapan beliau, beliau berasa amat berpuas hati dengan penganjuran
program kepimpinan ini dan berharap agar program seperti ini akan dapat
dilaksanakan lagi di kem ini pada masa akan datang. Beliau menyifatkan
penganjuran kem kepimpinan kali ini berbeza dengan kem kepimpinan sebelum ini
kerana guru dan pelajar didedahkan dengan pengalaman melaksanakan aktiviti di
dalam kem tentera dan ini sekali gus dapat memberikan pendedahan kepada pelajar
untuk mengetahui serta mempelajari sedikit sebanyak tentang kemahiran ilmu ketenteraan
yang tidak pernah mereka pelajari semasa di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan