![]() |
YBhg Panglima 3 Bgd,
Brig Jen Md Yusof bin Aziz dan isteri Puan Misnah binti
Harun menyampaikan duit raya kepada anak-anak
anggota warga 10 RRD |
Kem Muara Tuang, Kota
Samarahan : Tanggal
15 Ogos 2014 yang lalu, 10 RRD telah melaksanakan Majis Rumah Terbuka Hari Raya
Aidilfitri 2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Majlis rumah terbuka hari
raya ini dibuat dalam dua fasa iaitu sebelah petang terbuka untuk semua tetamu
dari semua pasukan di kawasan Kuching dan pada sebelah petang untuk warga 10
RRD bersama keluarga masing-masing.
Tujuan rumah terbuka ini dibuat adalah bagi merapatkan
hubungan siratulrahim di kalangan pegawai dan anggota tentera yang berada di sekitar
kawasan Kuching dan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan
pegawai, anggota dan isteri warga pasukan. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya
Aidilfitri ini juga dihadiri oleh Panglima 3 Briged, Brig Jen Md Yusof bin Aziz
dan isteri Puan Misnah binti Harun. YBhg Panglima 3 Briged, Brig Jen Md Yusof
bin Aziz dan isteri Puan Misnah binti Harun turut menyempurnakan acara
penyampaian duit raya kepada anak-anak warga 10 RRD sambil diiringi oleh
Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan isteri Puan
Norliza binti Yahya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan