 |
Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh guru SK Wira Jaya |
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Kepimpinan
SK Wira Jaya, Penrissen mulai 21 Jun hingga 22 Jun 2014 yang lalu. Seramai 20
orang guru dan 160 orang murid telah terlibat dalam kem kepimpinan ini.
Aktiviti kem kepimpinan ini lebih kepada aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti
team building, ceramah kepimpinan dan
perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Tujuan utama kem
kepimpinan ini adalah bagi mengasah dan membentuk sifat kepimpinan di kalangan
pelajar supaya mereka mendapat pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan
untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan dedikasi pada masa akan
datang. Sepanjang kem kepimpinan ini berlangsung, ibubapa turut hadir bersama
bagi memberi sokongan dan galakkan kepada anak-anak masing-masing.
Upacara penutup kem kepimpinan ini
telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Tuan Hj Mohd
Sharkawi bin Hj Ali Akbar. Beliau juga telah menyempurnakan upacara penyampaian
cenderahati dan hadiah kepada peserta program dan pegawai penganjur dari 10
RRD.
 |
Murid dan Ibu Bapa turut terlibat di dalam program ceramah |
 |
Acara penyampaian Cendera Hati |
 |
Kapt Sabastian menerima cenderahati daripada Guru Besar SK Wira Jaya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan