![]() |
Sesi Persembahan dan Pembentangan Platun |
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 10 orang guru dan 88 orang pelajar
dari SMK Wira Penrissen telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Wira
Penrissen di 10 RRD mulai 27 Jun hingga 28 Jun 2014 yang lalu. Aktiviti kem
kepimpinan ini lebih kepada aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan
perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Guru dan jurulatih
dari pasukan 10 RRD telah berkerjasama bagi membimbing dan mengajar pelajar
bagi memastikan objektif yang digariskan oleh pihak sekolah tercapai
sepenuhnya.
Menurut Guru Hal
Ehwal Murid (HEM) SMK Wira Penrissen, En Voon Boo Kim menyifatkan program
seperti ini sangat penting kerana Lembaga Pengawas Sekolah merupakan pelaksana
kedua selepas guru terutama dalam menguatkuasakan peraturan yang terdapat di
sesebuah sekolah. Oleh itu, setiap bakal pengawas mestilah dibekalkan dengan
pelbagai kemahiran untuk memimpin dan mempengaruhi rakan sebaya. Penangguhan Kem
Kepimpinan Pengawas SMK Wira Penrissen telah disempurnakan oleh Guru Hal Ehwal
Murid (HEM) SMK Wira Penrissen, En Voon Boo Kim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan