|
Peserta melapor ke Survival Village 10 RRD |
Kota
Samarahan, Kem Muara Tuang : Bertempat di Survival Village 10 RRD, seramai 4 orang guru dan 29 pelajar dari SK
St Ambrose telah telibat dalam Kem Kepimpinan mulai 9 Mei hingga 11 Mei 2014
yang lalu. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku Pegawai Penyelaras Kem
Kepimpinan ini telah dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan serta
guru-guru pengiring telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.
Tujuan utama kem kepimpinan ini adalah bagi mengasah dan membentuk sifat
kepimpinan di kalangan pelajar seawal di sekolah rendah lagi supaya mereka
mendapat pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang
pemimpin yang berkaliber dan dedikasi pada masa akan datang.
Antara aktiviti yang telah
dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, aktiviti team building, jungle
tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock dan demonstrasi
ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Semua aktiviti yang dirancang
bersesuaian dan selaras dengan objektif program yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh guru besar
SK St Ambrose.
|
Ahli sindiket tekun menyiapkan bendera sindiket |
|
Sesi bergambar bersama Pegawai 10 RRD, guru dan pelajar SK St Ambrose |
|
Peserta diajar teknik memasang khemah di hutan |
|
Taklimat sebelum aktiviti Wira Malam |
|
Kapt Amri menerima cenderahtai daripada Guru Besar SK St Ambrose |
|
Pelajar membentangkan hasil kerja sindiket masing-masing |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan