Peserta berbaris mendengar taklimat aktiviti Wira Malam |
Kota
Samarahan, Kem Muara Tuang : SMK Matang Hilir, Kuching telah melaksanakan
Kem Jati Diri di Survival Village 10 RRD
mulai 16 Mei hingga 18 Mei 2014 yang lalu. Seramai 5 orang guru dan 36 orang pelajar
telah terlibat dengan kem jati diri ini. Guru-guru sekolah turut serta membantu
jurulatih dari pasukan ini bergabung tenaga dan pengalaman untuk melaksanakan
aktiviti yang telah dirancangkan supaya objektif yang telah digariskan oleh
pihak sekolah dapat dicapai dengan jayanya. Semua aktiviti program seperti syarahan,
latihan jasmani, jungle tracking, wira
malam, aktiviti team building dan demonstrasi
ikhtiar hidup adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar serta pengalaman
kepada peserta kerana aktiviti seperti ini tidak mereka perolehi semasa di
sekolah.
Selain
itu, peserta juga diajar bekerja dalam berkumpulan bagi meningkatkan semangat
setia kawan dan semangat berkerjasama di kalangan mereka dalam menyelesaikan
permasalahan yang diberikan oleh jurulatih. Sebelum peserta disuraikan,
rata-rata peserta merasa sangat gembira dan berpuas hati dengan penganjuran
program ini yang banyak memberikan impak baru kepada mereka untuk
diimplementasikan setelah mereka balik semula ke sekolah kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan