 |
Para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan |
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 9 guru dan 50 pelajar dari SK Semenggok,
Kuching telah melaksanakan Kem Motivasi UPSR di 10 RRD selama 3 hari mulai 11
Apr hingga 13 Apr 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang telah dirancang dan
dilaksanakan dengan jayanya seperti ice
breaking session, problem solving, ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, wira kenal diri,
qiamullail, memasang hammock,
aktiviti team building, kawad kaki,
malam akrab dan demonstrasi ikhtiar
hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.
Dalam ucapan ringkas
Timbalan Pengarah Pendidikan Daerah Samarahan, Miss Chong Chai Lin menyifatkan
program motivasi seperti ini sangat baik untuk pelajar sekolah bagi memberi
pengalaman dan pendedahan kepada murid-murid dalam meningkatkan keyakinan dan semangat
mereka terutama dalam aktiviti yang melibatkan bekerja dalam kumpulan. Beliau
turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak 10 RRD kerana telah berjaya
menganjurkan program kem motivasi ini dengan jayanya.
Beliau telah
menyempurnakan upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta program
sambil diiringi oleh Guru Besar SK Semenggok, Puan Ithniani binti Tahir. Beliau
turut menyampaikan cenderahati kepada
Kapt Nizam Nor Amri bin Johari yang mewakili Pegawai Memerintah 10 RRD.
 |
Guru dan para pelajar bergambar sejurus acara penutup selesai |
 |
Aktiviti berjalan malam |
 |
Latihan keyakinan diri |
 |
Pelajar mencuba aktiviti jungle trekking |
 |
Guru Besar SMK Semenggok menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik |
 |
Aktiviti merentas halangan |
 |
Latihan Jungle Trekking secara berkumpulan |
 |
Kapt Amri menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SMK Semenggok |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan