 |
Sesi bergambar bersama guru dan pelajar SMK Tun Abdul Razak |
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD sekali lagi berjaya menganjurkan
program Kem Jati Diri SMK Tun Abdul Razak mulai 16 Apr hingga 17 Apr 2014 yang lalu.
Program jati diri yang dianjurkan selama dua hari itu telah dihadiri oleh 5
orang guru dan 50 orang pelajar. Pelaksanaan program ini turut dibantu oleh
guru-guru sekolah bagi memastikan objektif program kem jati diri ini tercapai
sepenuhnya.
Pelbagai aktiviti
telah diselitkan dalam aturcara program seperti mendirikan khemah, ice breaking session, muhasabah diri dan
motivasi, latihan jasmani, aktiviti wira halangan, wira malam, wira yakin diri
dan combat road relay. Semua program
yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat
jati diri di kalangan peserta, membentuk semangat kerjasama berkumpulan dan
membentuk sifat keberanian serta keyakinan para peserta. Upacara penutup dan
penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid Encik Roger ak Peter.
 |
Pelajar mendengar taklimat aktiviti berjalan malam |
 |
PK HEM menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik |
 |
Para pelajar gigih mengikuti aktiviti log relay |
 |
Kapt Sabastine menerima cendera kenangan daripada PK HEM SMK Tun Abdul Razak |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan