![]() |
Kem Komandan PLKN Kem Puncak Permai
menyampaikan hadiah kepada pelatih
|
Melalui lawatan seperti ini, pelatih didedahkan dengan pelbagai pengalaman cara-cara untuk hidup jika tersesat di dalam hutan menggunakan sumber alam semulajadi termasuk cara-cara untuk membuat perangkap haiwan dan membuat pondok tempat berteduh. Selain itu, melalui aktiviti yang dilaksanakan ini juga dapat memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan dan semangat setiakawan di kalangan peserta. Sebelum bersurai, Komandan PLKN Kem Puncak Permai, Mej Norman Tay bin Hj Abidin merakamkan jutaan terima kasih pada pasukan penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program lawatan ini dengan cemerlang serta telah berjaya menarik minat semua pelatih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan