Jurulatih
dan guru bergambar bersama peserta program kem jati diri
|
Kota
Samarahan: Seramai 31 orang guru dan 33
orang murid dari SK Pendidikan Khas Kota Samarahan telah terlibat dalam Kem
Jati Diri anjuran bersama pihak sekolah dan 10 RRD mulai 17 Okt hingga 19 Okt
2014 yang lalu. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mempuk dan
menanam semangat jati diri di kalangan murid-murid khas ini supaya mereka tidak
merasa tersisih dengan masyarakat luar. Jurulatih pasukan 10 RRD dibantu oleh
guru berpengalaman yang terlatih telah berkerjasama dalam merangka aktiviti
untuk membolehkan murid-murid khas ini
dapat mengikuti aktiviti yang dirancangkan mengikut kemampuan murid-murid.
Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan melibatkan aktiviti pembelajaran di
dalam kelas dan luar kelas seperti wira panji, jungle night walk, water confidence,
boat cruise, demonstrasi ikhtiar
hidup oleh Tim Survival 10 RRD dan malam akrab. Upacara penutup kem jati diri
ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Mariam binti
Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan