Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 22 Feb 2014 yang lalu, 10 RRD telah
menganjurkan satu program kepimpinan iaitu Kem Kepimpinan Muda SK Wira Jaya, Penrissen
bertempat di Survival Village 10 RRD. Program ini dilaksanakan selama sehari
dan diselitkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar bagi
meningkatkan keyakinan dan keberanian pelajar dalam memikul tanggungjawab
sebagai pengawas dan ketua kelas di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan
adalah seperti acara senamrobik, boat
cruise, jungle tracking, ceramah
kepimpinan dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Matlamat
utama kem kepimpinan ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mampu
memimpin diri sendiri dan rakan-rakan sekolah selain untuk meningkatkan
keyakinan diri serta membentuk sifat keberanian dalam diri mereka.
Seramai 14
orang guru dan 85 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas dan ketua kelas
telah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Tema kem kepimpinan ini adalah
‘Tanggunjawab Dipikul, Karisma Ditonjol’ sesuai dengan peranan dan tugas serta
tanggungjawab yang dipikul oleh seorang pengawas dan ketua kelas di sekolah.
Upacara penutup kem kepimpinan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah Samarahan, En Mohd Sharkawi bin Ali Akbar di Survival Village 10 RRD. Beliau
juga telah menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati dan hadiah kepada
peserta program sambil diiringi Guru Besar SK Wira Jaya, En Md Isa bin Suki.
![]() |
Para Guru bergambar di pintu masuk Survival Village 10 RRD |
![]() |
Aktiviti Senamrobik di Padang Kawad pasukan |
Aktiviti Merentas Halangan
Murid sekolah melepasi halangan yang dibentuk
Aktiviti Jungle Trekking
Kpl Sping Jimbat memberi penerangan mengenai Jerat Hempap kepada murid sekolah
Murid sekolah mempelajari teknik menghidupkan api
Aktiviti menaiki bot di Tasik Survival Village
Guru Besar SK Wira Penrissen menyampaikan hadiah kepada Murid Terbaik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan