Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 22 Feb 2014 yang lalu, 10 RRD telah
menganjurkan satu program kepimpinan iaitu Kem Kepimpinan Muda SK Wira Jaya, Penrissen
bertempat di Survival Village 10 RRD. Program ini dilaksanakan selama sehari
dan diselitkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar bagi
meningkatkan keyakinan dan keberanian pelajar dalam memikul tanggungjawab
sebagai pengawas dan ketua kelas di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan
adalah seperti acara senamrobik, boat
cruise, jungle tracking, ceramah
kepimpinan dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Matlamat
utama kem kepimpinan ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mampu
memimpin diri sendiri dan rakan-rakan sekolah selain untuk meningkatkan
keyakinan diri serta membentuk sifat keberanian dalam diri mereka.
SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD
Sabtu, 22 Februari 2014
Selasa, 18 Februari 2014
PENYERAHAN BENDERA TIM AKUATIK 1 DIVISYEN
Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 18 Feb 2014 bertempat di Kompleks Sukan Kem Muara Tuang, YBhg Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar telah
menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera 1 Divisyen kepada Pegawai Memerintah
10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pengurus Tim Akuatik 1 Divisyen.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Kanan MK 1 Divisyen, Ketua Staf
MK 3 Bgd serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah sekitar Kuching.
Jumaat, 14 Februari 2014
PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Tanggal 14 Feb 2014 bertempat di Padang Kawad 10 RRD menyaksikan
Perbarisan Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD di antara Mej
Zamri bin Majid dan Mej Anuar bin Ahmad. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Norazizi bin Nazaruddin yang melibatkan
13 Peg dan 210 LLP. Majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas
Penolong Pegawai Memerintah telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt
Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop.
Khamis, 13 Februari 2014
PROGRAM TITIAN KECEMERLANGAN TAHUN 2014 SMK TABUAN JAYA
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menjayakan Program Titian
Kecemerlangan Tahun 2014 anjuran bersama
SMK Tabuan Jaya mulai 13 - 15 Februari 2014 yang lepas. Seramai 342 pelajar
lelaki dan perempuan telah menyertai program ini dengan dibantu oleh 35 orang
guru sekolah. Pelaksanaan program ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
pertama menjalani latihan di SMK Tabuan Jaya dan kumpulan kedua menjalani latihan
di 10 RRD. Antara aktiviti yang dilaksanakan di SMK Tabuan Jaya seperti
aktiviti kerohanian, muhasabah diri, ceramah kerjaya tentera, ceramah psikologi
sukan, demonstrasi mendirikan khemah dan ikatan, latihan kecergasan dan
ketahanan, latihan kawad kaki dan aktiviti team
building. Bagi aktiviti yang dilaksanakan di 10 RRD pula dikelolakan oleh
jurulatih pegawai dan anggota dari 10 RRD seperti mendirikan khemah, kelas
malam dan latihan berjalan malam, latihan ketahanan mental dan demonstrasi
ikhtiar hidup di Survival Village 10 RRD.
Langgan:
Catatan (Atom)