Kem Muara Tuang, Sarawak : 10
RRD telah melaksanakan Program Sehari Bersama Media anjuran MK 1 Divisyen pada
25 Jan 2014 di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD. Seramai 14 orang peserta
media telah hadir dalam program ini iaitu dari RTM, Al-Hijrah, Utusan Malaysia,
Berita Harian, New Straits Times, The Star, Utusan Sarawak dan Sarawak Tribune.
Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran
Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar dan Panglima
3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami serta semua Pegawai Memerintah dan
Pegawai Pemerintah di kawasan Kuching. Tujuan
program ini dianjurkan adalah untuk memupuk jalinan kerjasama dengan pengamal media
serta bagi memberi pendedahan kepada peserta media merasai sendiri
pengalaman berada di dalam hutan dan menimba ilmu berkenaan ikhtiar hidup
melalui demonstrasi yang ditunjukkan oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.
Dalam program selama sehari ini, pelbagai aktiviti
telah dirancang dan dilaksanakan
seperti pertunjukkan ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD,
demonstrasi pengkalan hutan, memasak di medan dan mendayung perahu tempur.
Sepanjang pelaksanaan program ini, peserta media telah didedahkan dengan
pertunjukkan jenis-jenis jerat dan perangkap haiwan, jenis-jenis pondok di
hutan, cara-cara memasak RTBK di medan, menghidupkan api serta pameran pelbagai
jenis herba-herba hutan yang boleh dimakan dan dibuat ubat-ubatan. Peserta
media diberi peluang untuk mencuba sendiri semua aktiviti-aktiviti tersebut dan
mereka merasa sungguh gembira serta berbesar hati kerana mendapat layanan yang
istimewa sepanjang mereka berada di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD.
Panglima 1
Divisyen bergambar bersama para media
Kapt Nizam Nor Amri menyampaikan taklimat kepada para media
Kol Mahmud Ahmad bergambar bersama media
Anggota 10 RRD menunjukkan demonstrasi menghidupkan api
Lt Firdaus Zulkifli menunjukkan demonstrasi meminum air dari akar kayu
Panglima 3 Bgd menerangkan sesuatu kepada media
Para media diberi peluang mendayung bot tempur
Lt Kol Ismail Nasaruddin menerangkan sesuatu mengenai rangsum tempur kepada media
Lt Hakimi Mat Zaki menerangkan jenis-jenis perangkap kepada media
Tiada ulasan:
Catat Ulasan