Kem Muara Tuang, Sarawak : 10
RRD telah melaksanakan Program Sehari Bersama Media anjuran MK 1 Divisyen pada
25 Jan 2014 di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD. Seramai 14 orang peserta
media telah hadir dalam program ini iaitu dari RTM, Al-Hijrah, Utusan Malaysia,
Berita Harian, New Straits Times, The Star, Utusan Sarawak dan Sarawak Tribune.
Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran
Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar dan Panglima
3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami serta semua Pegawai Memerintah dan
Pegawai Pemerintah di kawasan Kuching. Tujuan
program ini dianjurkan adalah untuk memupuk jalinan kerjasama dengan pengamal media
serta bagi memberi pendedahan kepada peserta media merasai sendiri
pengalaman berada di dalam hutan dan menimba ilmu berkenaan ikhtiar hidup
melalui demonstrasi yang ditunjukkan oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.
SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD
Sabtu, 25 Januari 2014
Ahad, 19 Januari 2014
MESYUARAT TAHUNAN BAKAT 10 RRD TAHUN 2014
Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 18 Jan 2014 bertempat
di Dewan Makan Pasukan, ahli BAKAT telah
mengadakan Mesyuarat Tahunan BAKAT 10 RRD Tahun 2014 yang dipengerusikan oleh Pengerusi
BAKAT 10 RRD, Puan Norliza Binti Yahya. Turut hadir dalam mesyuarat adalah Pegawai
Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop, Penolong Pegawai
Memerintah dan semua Ketua Kompeni. Tujuan Mesyuarat Tahunan BAKAT ini diadakan
adalah bagi melantik AJK-AJK BAKAT yang baru bagi mengalas tugas dan
tanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan di peringkat pasukan, peringkat briged mahupun peringkat divisyen.
Selain itu, pengerusi juga mengingatkan kepada semua ahli BAKAT supaya sentiasa
mengambil berat kebajikan keluarga anggota dan sentiasa berhubung antara satu
sama lain bagi mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli-ahli BAKAT.
PENUTUP KURSUS KADER SIRI 2/2013 AJURAN 10 RRD
Sesi bergambar bersama Peg Mem 10 RRD
Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai
21 penuntut telah berjaya menamatkan Kursus KADER (Dec) Siri 2/2013 anjuran 10
RRD bertempat di Kawasan Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD mulai 9 Dis 2013
hingga 18 Jan 2014. Upacara penutup dan penyampaian sijil tamat kursus telah
disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop
pada 18 Jan 2014.
PERBARISAN HUT KE 19 DAN SERAH TERIMA TUGAS SMR 10 RRD
Peg Mem bergambar bersama anggota 10 RRD
Kem
Muara Tuang, Sarawak : Perbarisan Hari Ulang Tahun Batalion
Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja Yang Ke - 19 dan Serah Terima Tugas Sarjan
Mejar Rejimen (SMR) telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Kawad Pasukan
pada 18 Jan 2014. Seramai 18 pegawai dan 203 anggota lain-lain peringkat telah
terlibat dalam perbarisan yang bersejarah ini.
Khamis, 16 Januari 2014
PENUTUP KARNIVAL SUKAN 10 RRD TAHUN 2013
Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 15
Jan 2014 yang lalu, 10 RRD telah mengadakan Penutup Karnival Sukan Antara
Kompeni Tahun 2013 menyaksikan perlawanan akhir bola sepak diantara Kompeni A
menentang Kompeni B dengan keputusan Kompeni A menang dengan jaringan 4 – 0.
Karnival sukan antara kompeni ini telah berlangsung mulai 6 Nov 2013 hingga 15
Jan 2014 melibatkan sebanyak 9 acara telah dipertandingkan iaitu sepak takraw,
merentas desa, road relay, hoki, bola
tampar, bola keranjang, ragbi, jalan lasak dan bola sepak.
Isnin, 6 Januari 2014
MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PERSARAAN SMR 10 RRD
Kuching,
Sarawak : Seramai
40 orang ahli Cafe Bujang Berani 10 RRD telah mengadakan majlis sempena
meraikan persaraan SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh di Kuching Park pada 5 Jan
2014. Majlis diadakan bagi menghargai segala jasa, bakti dan pengorbanan yang
telah dicurahkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di 10 RRD. Upacara
penyampaian cenderahati kepada mantan SMR 10 RRD telah di sempurnakan oleh PW I
Douglas ak Dain yang mewakili semua PTT Kanan 10 RRD.
Langgan:
Catatan (Atom)