SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 29 Mac 2020

(REPOST) LAMBANG PASUKAN

LAMBANG PASUKAN





Warna pada lambang pasukan telah diilhamkan oleh Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Lt Kol Mohd Johari bin Selan. Beliau mencadangkan warna pada lambang pasukan dipetik dari warna bendera Sri Triwarna Sarawak iaitu biru, putih dan merah. Warna-warna tersebut membawa pengertian seperti berikut:

•    Biru. Warna ini membawa maksud perpaduan pasukan sebagai sebuah batalion di dalam Rejimen Renjer Diraja yang terdiri dari berbilang bangsa, kaum agama dan keturunan yang saling bekerjasama erat antara satu sama lain bagi mencapai kejayaan dalam semua bidang.

•    Putih. Warna ini membawa maksud kesucian dan kejujuran. Sifat-sifat murni yang terdapat pada setiap warga batalion dalam menjalankan tugas dan kewajiban seharian.

•    Merah. Warna ini membawa maksud keberanian dan keazaman. Sifat-sifat keperwiraan yang mengalir di dalam setiap diri warga batalion ini yang bersedia menghadapi cabaran.

Rabu, 21 Jun 2017

UCAPAN HARI RAYA DARIPADA BARISAN BELAKANG 10 RRD



Penolong Pegawai Memerintah bersama Pegawai dan Anggota barisan belakang

Kota Samarahan, Sarawak : Pegawai dan Anggota  barisan belakang 10 RRD yang bertugas semasa Aidilfitri kali ini mengambil kesempatan untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga muslimin dan muslimat yang menyambut perayaan ini. 

Ucapan ini diketuai oleh Mej Rashidi bin Ghazali iaitu Penolong Pegawai Memerintah melibatkan 5 Pegawai dan 40 anggota lain-lain pangkat. Marilah sama-sama kita doakan agar mereka yang bertugas tetap terus bersemangat demi menjalankan tugas semasa Aidilfitri ini.


Ahad, 15 Februari 2015

LAWATAN PLKN KEM PUNCAK PERMAI

Kem Komandan PLKN Kem Puncak Permai menyampaikan hadiah kepada pelatih 
Kota Samarahan, Sarawak : 10 RRD sekali lagi menerima lawatan dari PLKN Kem Puncak Permai pada 15 Jan 2015 yang lalu. Dalam siri lawatan kali ini, seramai 40 jurulatih dan 402 pelatih PLKN Kem Puncak Permai telah terlibat dan ini merupakan siri lawatan pertama mereka ke pasukan ini bagi tahun 2015. Lawatan PLKN Kem Puncak Permai kali ini diketuai sendiri oleh Kem Komandan, Mej Norman Tay bin Hj Abidin dan dibantu oleh semua jurulatih pengiring. Bagi mengisi program lawatan, beberapa aktiviti telah dirancang seperti lawatan di Survival Village, demonstrasi menghidupkan api, demonstrasi jerat dan perangkap, pertandingan berakit dan beberapa aktiviti permainan. Menurut Komandan PLKN Kem Puncak Permai, lawatan ini merupakan lanjutan daripada beberapa siri lawatan yang sebelum ini bagi mencapai objektif yang digariskan. 

Selasa, 13 Januari 2015

PERBARISAN HARI ULANG TAHUN 10 RRD YANG KE-35

Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama seluruh warga pasukan
Kota Samarahan, Sarawak: Tanggal 1 Jan 2015 maka genaplah 35 tahun penubuhan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Bagi memperingati 35 tahun penubuhannya, satu Perbarisan  Hari Ulang Tahun  Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja Yang Ke - 35 telah dilaksanakan pada 13 Jan 2015 bertempat di Padang Kawad pasukan. Perbarisan diketuai oleh Mejar Anuar bin Ahmad selaku Ketua Perbarisan, Ajutan Perbarisan Kapt Amirul Nazimi bin Hj Jarani dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW 1 Douglas ak Duin. Seramai 18 pegawai dan 191 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam perbarisan ini yang turut dihadiri oleh ahli BAKAT pasukan.