![]() |
Pelancaran MCTP
dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Yang Berbahagia
Datu Hj Misnu bin Hj Taha
sambil diiringi oleh Panglima 1 Divisyen, Datuk Stephen Mundaw |
Sempadi, Lundu: Pelancaran Mobile
Community Transformation (MCTP) di Kampung Sempadi, Lundu anjuran bersama
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Negeri Sarawak telah disempurnakan
dengan jayanya oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Datu Hj
Misnu bin Hj Taha sambil diiringi oleh Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk
Stephen Mundaw pada 14 Dis 2014 yang lalu. Program ini yang dikelolakan oleh 10
RRD selaku pasukan penyelaras bersama Pejabat Daerah Lundu ini telah
dilaksanakan di SK Sempadi dan disertai oleh pelbagai agensi awam seperti Jabatan
Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, KEMAS, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
dan Baitulmal Sarawak.